TESTIMONI DIRI SENDIRI
017-6124023 / 013-3320617



Luka Nahas, Sembuh Seminggu

MOHAMAD Hazwan Jalal, 23, pernah terbabit dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah lori membawa muatan batu ketika pulang ke Melaka dari tempat kerjanya di Johor lima hari sebelum Ramadhan.

Berikutan itu, dia mengalami kecederaan serius di muka, tapak tangan, luka di bahagian jari, dada dan lutut. Selain itu, bahagian bibirnya turut cedera.

“Kedua-dua belah lutut saya turut melecet dan membengkak akibat terhentak di atas tar jalan, manakala pergelangan tangan dan jari saya cedera disebabkan insiden itu.

“Berikutan itu, saya terpaksa mengambil cuti rehat tiga minggu selain hanya mampu menjamah bubur dan air suam dengan menggunakan penyedut minuman kerana bibir saya sakit.

“Ketika itu saya hanya mampu berbaring kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana seluruh badan saya sakit dan tidak berdaya untuk bergerak,” katanya.

Mohamad Hazwan berkata, dia kemudian membeli produk dR-II keluaran dR Rozmey Group (dRG) memandangkan beliau pengedar aktif syarikat itu kerana bimbang luka yang dialaminya itu akan meninggalkan parut.

Beliau mengambil produk itu satu paket sebelum tidur setiap hari dan selepas seminggu kemudian beliau mendapati luka yang dialaminya akibat kemalangan itu sudah kering.

“Saya dapati luka yang saya alami sebelum ini hitam kemudian bertukar merah dan saya gembira apabila luka yang dialami beransur hilang dan terus menggunakan produk jus minuman dR-II itu.

“Bahagian kulit terutama di tapak tangan kiri dan jari kiri yang sebelum ini terkoyak makin baik sepenuhnya selepas saya mengamalkan dua kotak dR-II dalam tempoh dua bulan,” katanya.

Mohamad Hazwan berkata, ramai rakannya terkejut melihat perubahan dialami pada kulitnya kerana biasanya luka yang dialaminya itu lambat kering jika terus dibiarkan atau hanya menyapu ubat, tetapi dengan mengamalkan produk dR-II ia dapat membantu menangani masalah yang dialaminya.

Posted by prima On 01:34 No comments

0 comments:

Post a Comment

  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
  • Youtube

Belian

Borang Pembelian

Produk

Blogroll